Lelaki Rompak Bank Guna Sekeping Kertas Di Singapura
rompak bank di Singapura ditahan di Thailand
rompak bank di Singapura ditahan di Thailand
Singapura: Seorang lelaki yang diburu kerana disyaki merompak sebuah bank di Singapura dengan menggunakan sekeping kertas berjaya ditangkap di Thailand, kata polis semalam.
Suspek ditangkap di Bangkok kelmarin, tiga hari selepas melarikan wang tunai S$30,000 (RM88,585) dari bank menggunakan nota ugutan.
“Pihak berkuasa Singapura sedang berhubung dengan polis di Thailand sekiranya suspek boleh diserahkan kepada kami,” kata polis dalam satu kenyataan.
Satu sumber yang rapat dengan siasatan memberitahu, suspek menyerahkan nota kepada juruwang bertulis: ”Ini adalah rompakan, saya membawa senjata, sila serahkan wang dan jangan hubungi polis.”
Polis Singapura mengesahkan bahawa tiada senjata digunakan dalam rompakan itu.
Akhbar Singapura, The Straits Times melaporkan, polis Thailand mengesahkan suspek warga Kanada yang tiba di Bangkok pada jam 5.08 petang (waktu tempatan), Khamis lalu.
Lelaki itu ditangkap tengah hari kelmarin di sebuah hostel di Bangkok dan suspek kini ditahan di sebuah penjara.
Rompakan bank sangat jarang berlaku di Singapura yang mempunyai undang-undang tegas serta larangan memiliki senjata menjadikan negara itu antara yang paling selamat di Asia. - AFP/Metro
loading...
Thanks for reading & sharing Sangkar Keli
0 comments:
Catat Ulasan