Anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira akhirnya memohon maaf secara terbuka selepas mencetuskan kontroversi gara-gara video tarian geleknya.
Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, 21, akui melakukan kesilapan dan mengganggap ia sebagai pengajaran buat dirinya lapor Astro Gempak.
“Saya rasa semua dah sedia maklum dengan video saya yang menjadi viral dan saya ingin mohon maaf kepada semua yang tidak suka dengan tindakan saya.
“Video itu saya dah padamkan dan saya anggap perkara yang berlaku itu sebagai pengajaran buat diri saya. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum memuatnaik sebarang video atau gambar di media sosial,” katanya.
Tambahnya, selepas video yang didakwa sekadar suka-suka itu menerima komen negatif daripada netizen.
“Selepas jadi viral memang banyak komen-komen negatif yang diberikan kepada saya namun benda dah jadi, nak tak nak saya kena terima.

“Sekali lagi saya mohon maaf sekiranya ada yang kurang selesa dengan tindakan saya,” jelasnya.
Terdahulu, Ira yang merupakan peserta ujibakat AF2016 menjadi bualan hangat di media sosial Ahad lalu, selepas memuat naik aksi gelek dengan gaya seksi berlatarkan lagu berjudul One Dance nyanyian Drake.

loading...
Thanks for reading & sharing Sangkar Keli
0 comments:
Catat Ulasan