loading...
Home » » Anak Tembak 4 Ahli Keluarga Sendiri Sampai Mati.

Anak Tembak 4 Ahli Keluarga Sendiri Sampai Mati.


BALIK PULAU - Tauke ayam dan keluarga mati ditembak anak Sendiri menurut laporan kosmo online Tiga sekeluarga terdiri seorang nenek, anak dan cucu lelaki bersama seorang pengusaha kilang memproses ayam di Jalan Baru, Batu Maung ditemui mati ditembak suspek yang merupakan anak kepada wanita terbabit di premis itu awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2.55 pagi itu, kesemua mangsa berketurunan Cina berusia 55, 50, 27 dan dua tahun ditemui mati di dalam sebuah bilik yang terletak di dalam premis berkenaan.

Ketua Jabatan Jenayah negeri, Datuk Razaruddin Husain berkata, kejadian berpunca apabila suspek lelaki berusia 32 tahun itu dikatakan berang selepas gagal memperoleh wang untuk membeli bekalan dadah.

"Kesemua mangsa dikejutkan daripada tidur sebelum satu pergaduhan berlaku. Suspek menembak emak, abang, anak sedara dan lelaki itu dari jarak dekat.

"Mangsa mati ditempat kejadian selepas terkena beberapa tembakan pada badan dan suspek kemudiannya melarikan diri," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini sebentar tadi. 

Kosmo Online

loading...

Thanks for reading & sharing Sangkar Keli

Previous
« Prev Post

0 comments:

Catat Ulasan

Popular Posts