Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Borneo
Berpuasa bukan jadi penghalang bagi seorang remaja Melayu ini untuk membantu menyuapkan makanan kepada orang kurang upaya berbangsa Cina ini di Sarawak. Sikap murni yang ditunjukkan jadi viral di laman sosial dan dipuji oleh masyarakat dari pelbagai bangsa.
Gambar yang dimuat naik memberi inspirasi kepada orang ramai dan mereka menyifatkan sikap ini harus dijadikan sebagai contoh buat kita semua yang hidup dalam negara yang datang dari pelbagai suku kaum dan bangsa.
Apa yang penting, tindakan mulia remaja ini telah membuka mata orang ramai bahawa masih lagi wujud masyarakat yang peka dan ambil berat terhadap apa yang terjadi di sekeliling mereka. Gambar ini beri 1001 makna kepada kita semua dan berbuat baik itu datang dari pelbagai cara tanpa mengira situasi apa sekali pun.
loading...
Thanks for reading & sharing Sangkar Keli
0 comments:
Catat Ulasan