loading...
Home » , , » Kepala Budak Tersangkut Dalam Paip Penyambung Ketika Ibu Bapa Sibuk Layan Pelanggan

Kepala Budak Tersangkut Dalam Paip Penyambung Ketika Ibu Bapa Sibuk Layan Pelanggan


Zheijiang, China - 9 Jun : Kepala seorang kanak-kanak lima tahun di wilayah Zheijiang terlekat di dalam paip penyambung dalam kejadian pada Selasa.

Ketika dia ditemui oleh ibu bapanya, kanak-kanak itu tidak boleh bercakap atau menangis.

Menurut NetEase, insiden itu berlaku ketika ibu bapa kanak-kanak itu sedang sibuk melayan pelanggan di dalam kedai.

Kanak-kanak itu dikatakan bermain dengan paip berbentuk L itu sebelum kepalanya tersangkut.

Malang menimpa kanak-kanak itu apabila dia meletakkan kepala di dalam paip itu namun tidak dapat mengeluarkannya semula. Difahamkan, kanak-kanak itu hanya mampu menangis dengan perlahan ketika paip itu terlekat di kepalanya.

30 minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak tersebut mula mencari dan terkejut menemui anaknya dalam keadaan sedemikian dan menelefon polis.

Namun polis memutuskan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk kanak-kanak yang kini bernafas dengan perlahan dan memindahkan urusan menyelamat kepada anggota bomba.

20 minit kemudian, bomba berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu dari batang paip dengan menggunakan alatan khas.

Ibu bapa kanak-kanak tersebut memberitahu wartawan bahawa anak mereka selalu bermain-main ketika mereka menjaga kedai.


Sebelum ini, kejadian seumpama itu turut berlaku tetapi melibatkan seorang lelaki dewasa dan mesin basuh. - Siakapkeli.my

loading...

Thanks for reading & sharing Sangkar Keli

0 comments:

Catat Ulasan

Popular Posts