Sungai Petani: Lelaki lebam pada mata dan mulut berdarah akibat dibelasah orang ramai ketika cuba melarikan diri selepas cuba memecah masuk kereta di hadapan klinik di sini, hari ini.
Kejadian berlaku 11.30 pagi tadi selepas suspek berusia 40 tahun dilihat membuka pintu hadapan sebelah kiri kereta sebelum perbuatannya disedari pemilik kenderaan terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abdul Hamid berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 51 tahun meletak keretanya di tempat letak kereta dalam keadaan tidak berkunci tetapi berada di kawasan berhampiran.
Menurutnya, tiba-tiba suspek muncul lalu membuka pintu hadapan sebelah kiri tanpa menggunakan apa-apa peralatan sebelum disedari mangsa.
"Mangsa kemudian menjerit menyebabkan suspek melarikan diri, bagaimanapun ditangkap oleh orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian.

"Orang ramai memaklumkan kejadian kepada pihak polis dan ketika membuat tangkapan semula didapati terdapat kecederaan di muka, tangan dan juga badan suspek dipercayai akibat dipukul," katanya.
Katanya, siasatan turut mendapati tiada kehilangan pada pihak mangsa dan suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.
Harian Metro

loading...
Thanks for reading & sharing Sangkar Keli
0 comments:
Catat Ulasan