Anggota kumpulan Search, Yazit Ahmad mendakwa ditengking isteri vokalis kumpulan tersebut, Amy Search. Isteri Amy, Norhasniza Hassan dikatakan menengking Yazit, apabila Yazit bertanya tentang bayaran Konsert 35 Tahun Search.
Yazit membuat aduan kepada pihak polis di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur petang Rabu lalu (4 Mei).
Menurut laporan Astro, Yazit memberitahu kepada pihak polis bahawa Norhasniza menengking beliau semasa beliau bertanyakan tentang bayaran yang beliau sepatutnya menerima.
"Saya menerima panggilan telefon daripada Norhasniza (isteri Amy Search) yang memaki dan menengking saya, apabila saya bertanya mengenai bayaran yang sepatutnya saya terima. Antara makian dilemparkan adalah "kau tu dah tua, sakit nak mampus" ," luah Yazit..
Yazit membuat aduan itu juga kerana beliau mendakwa berlaku pecah amanah kerana beliau tidak terima sebarang bayaran untuk konsert yang sepatutnya berlangsung pada 30 Ogos ini, dan juga beberapa persembahan sebelum ini.
Laporan Astro juga menambah Yazit ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn. Bhd. untuk berbincang mengenai konsert tersebut. Namun, beliau terkejut apabila diberitahu sejumlah RM75,000 (S$25527.57) sudah dibayar kepada Search Disember 2015, tetapi beliau tidak pernah terima sebarang bayaran dari tarikh dikatakan itu sehingga hari ini.
Yazit juga menambah bahawa pengurus AF memberitahu beliau, bahawa pembayaran kepada Yazit sepatutnya diuruskan anggota Search sendiri.
Agensi berita Kosmo pula menyatakan bahawa Amy Search akan membuat satu sidang media berhubung dengan hal ini.
"Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang kenyataan buat masa ini. Satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat untuk menjawab segala pertuduhan dan pertanyaan," jelas Amy dalam laporan Kosmo. - Agensi berita/ru
loading...
Thanks for reading & sharing Sangkar Keli
0 comments:
Catat Ulasan