Selepas dikecam hebat apabila membiarkan pelanggan berasak-asak ketika mengambil nombor giliran membeli tudung di butiknya, kini sekali lagi pasangan Fizo dan Mawar Fareeda di kritik oleh pengguna media sosial.
Jika dahulu orang ramai berebut-rebut untuk membeli tudung jenama Fareeda, kali ini Fizo dikecam pula kerana kopi jenamanya sendiri.
Telah viral didalam media sosial sejak semalam sebuah video yang menunjukkan berpuluh-puluh orang berasak-asak bagi mendapatkan kopi percuma jenama Fizo Omar.
Didalam video berkenaan juga menunjukkan bagaimana anggota-anggota RELA terpaksa digunakan bagi mengawal orang ramai dari menyerbu ke gerai jualan Fizo.
Pelayar media sosial pula mengecam pengurusan Fizo kerana dikatakan cuai dan tidak memperdulikan sensitiviti Umat Islam serta aurat para pengunjung gerai mereka. Ini kerana pengurusan gerai terbabit membiarkan lelaki dan wanita berasak-asak serta bercampur didalam satu barisan.
Sebelum ini, kejadian yang sama juga berlaku ketika jualan tudung Fareeda milik Mawar Karim. Orang ramai bercampur lelaki dan perempuan berebut-rebut hinggakan ada yang dilaporkan hampir pengsan.
Ramai pihak ketika itu mengecam pengurusan butik Fareeda termasuklah selebriti islamik Wardina Saffiyah. Diharap pasangan Fizo dan Mawar lebih profesional selepas ini dan mengutamakan keselesaan pelanggan berbanding hanya pentingkan populariti dan keuntungan semata-mata. - Utaranews.com
loading...
Thanks for reading & sharing Sangkar Keli
0 comments:
Catat Ulasan