loading...
Home » , , » Mahkamah Arah Rahsiakan Identiti Artis Curang Melalui Twitter.

Mahkamah Arah Rahsiakan Identiti Artis Curang Melalui Twitter.

GomoTube


Berhat-hati jika anda menerima imej membabitkan aksi seks tiga individu termasuk seorang selebriti Barat melalui Twitter.

Syarikat media sosial itu hari ini mengeluarkan arahan supaya penggunanya tidak mendedahkan identiti selebriti terbabit yang dirakam mengadakan hubungan seks.

Injuksi itu diperoleh daripada Mahkamah Agung United Kingdom.

Pasukan perundangan Twitter kemudian menghantar e-mel kepada pengguna untuk mengingatkan bahawa mereka terikat dengan peraturan ditetapkan laman sosial berkenaan.

Peringatan itu dikeluarkan sejurus selepas sejumlah pengguna memuat naik status masing-masing dengan menamakan selebriti "dikenali ramai" itu di media sosial.

Selebriti terbabit didakwa berasmara bersama dua individu lain.

Melalui arahan dikeluarkan, pengguna diingatkan supaya memadamkan kandungan memuatkan imej selebriti itu daripada akaun masing-masing.

"Sila sahkan sama ada anda boleh mengikut arahan ini secara sukarela," katanya.

Selebriti itu - hanya dikenali sebagai PJS - mendakwa hak privasinya dicabul akhbar tabloid di United Kingdom kerana menyiarkan berita mengenai hubungannya dengan YMA.

Bagaimanapun identiti pasangan itu didedahkan akhbar di AS minggu lalu sebelum cerita mengenainya semakin luas tersebar.

Hari ini Mahkamah Agung UK memutuskan identiti selebriti terbabit mesti dirahsiakan walaupun ia sudah terdedah di luar negara.

Ia adalah penghakiman pertama membabitkan mahkamah tertinggi di UK dalam kes privasi.

More from Malaysiakini

loading...

Thanks for reading & sharing Sangkar Keli

Previous
« Prev Post

0 comments:

Catat Ulasan

Popular Posts