Semalam satu sidang media telah dibuat oleh kumpulan Search, untuk menjawab segala tuduhan ke atas pemain dram dorang iaitu Yazid.. Yazid dah buat laporan polis mendakwa dia dah ditengking isteri Amy sebab tanya soal bayaran persembahan..
Dalam sidang media itu, Amy dan ahli kumpulan Search dah tuntut agar Yazid untuk menarik balik laporan polis terhadap dorang dalam masa 48 jam dan buat permohonan maaf secara terbuka..
Segala tuduhan Yazid pada ahli kumpulan Search adalah fitnah.. Dorang pun sebenarnya masih lagi tak dapat bayaran penuh untuk Konsert 35 Tahun Search.. Disebabkan hal ini juga, ada antara netizen yang kurang senang tengok ahli kumpulan Search memperlakukan sebegitu rupa pada Yazid..
Iyerlah, Yazid tu dah la sakit, orang tu nak minta duit mungkin nak membiayai apa-apa perbelanjaan perubatan.. Tapi, kumpulan Search nak saman Yazid pulak.. Orang yang tak sakit pun boleh jatuh sakit bila dapat tahu akan disaman..
Netizen mendakwa kumpulan Search sanggup bergaduh dengan ahli drum sendiri hanya disebabkan duit.. Duit tu bukan boleh bawa ke kubur pun, bagi jelah bahagian Yazid tu walaupun dia tak ada semasa persembahan.. Tak perlu nak tengking-tengking bila dia tanya pasal duit.. Jawab jelah elok-elok, orang tu tengah sakit kot..
Malah, netizen juga membanding-bandingkan kumpulan Search dengan kumpulan rock Wing yang lebih mementingkan hubungan di antara ahli kumpulan.. Benda kecik macam ni boleh setel cara baik, tapi nak dibesar-besarkan sampai naik turun mahkamah.. - MissA/UtaraNews.com
loading...
Thanks for reading & sharing Sangkar Keli
0 comments:
Catat Ulasan