GAMBAR HIASAN |
Okay, sekarang abang nak share tips pasal tudung.
1. Kalau dia tengah beli tudung, jangan ingat dia beli satu saja. Di almari dia banyak jubah yang nak kena matching. Jadi, jangan tertipu kalau dia keluar
dari butik dengan satu plastik di tangan. Dalam itu mungkin ada dua. Better check.
2. Time dia tengah memakai tudung, jangan kau sibuk nak kacau. Emosi dia pada tahap 9 dari skala 10. Silap-silap dia maki kau kalau tudung dia tak menjadi. Jadi, jangan sibuk!
3. Time dia lipat tudung-tudung dia, jangan gatal nak tolong. Perempuan ini ada sistem lipatan tudungnya sendiri. Shawl dengan shawl, plain dengan plain, bawal dengan bawal. Bidang 30 tak boleh bercampur dengan bidang lain. Jangan terkejut kalau kau tengok banyak partition dalam almari rumah kau. Itu cara dia mengasingkan spesis tudung.
4. Nampak tudung yang siap digosok di kerusi itu? Elakkan lalu di kawasan itu. Penceroboh akan ditembak. Kau silap lipat pun dia akan jeling. Apatah lagi terduduk di tudung yang sudah siap digosok? DIPnDIP la ubat muncung dia.
5. Kalau dia tengah melilit tudung, jangan tengok! Peratusan untuk tudung itu menjadi seperti mana yang dia mahukan, 2% dari 100%. Jadi, pergi buat kerja kau dan jangan nak menyebuk tenung lilitan wardina mahupun aidijuma.
Pesanan terakhir:
Make sure kau ulang banyak kali. "Sayang, pergilah bersiap" especially semasa dia bermain phone. Kalau nak gerak jam 9 pagi, jam 6 pagi dah boleh mula bersuara dah. Selamat mencuba!
Sumber: PIXEL MEDIA
loading...
Thanks for reading & sharing Sangkar Keli
0 comments:
Catat Ulasan