Sumber: Hmetro Oleh: Aimi Nordin
Nasib malang menimpa seorang doktor haiwan perempuan apabila dia maut dipijak seekor gajah selepas merakamkan gambar selfie bersama haiwan tersebut. Kejadian itu berlaku di sebuah pusat perlindungan di Solo, Indonesia.
Doktor muda berusia 25 tahun, Octavia Warahapsari maut di lokasi kejadian selepas dilibas dan tercampak kemudian ketika dia cuba bangun gajah jantan Sumatera tersebut datang dan memijaknya sehingga maut.
Pasangan gajah tersebut baru sahaja dipindahkan ke pusat perlindungan Gajah Mungkur. Selepas memandikan dan memberi mereka makan, Octavia ingin merakamkan gambar selfie ketika membawa gajah tersebut bersiar-siar.
“Secara tiba-tiba gajah berkenaan melibas Octavia dengan gadingnya menyebabkan wanita itu terpelanting tiga meter.
“Octavia bangun dan cuba berlari, tetapi dia terjatuh sebelum gajah berkenaan terus meluru lalu memijaknya,” katanya.
Pengembala gajah turut terjatuh. Menurut petugas di situ, Octavia memang gemar berselfie bersama gajah yang dirawat.
loading...
Thanks for reading & sharing Sangkar Keli
0 comments:
Catat Ulasan