Bagi yang dah mempunyai anak tu, mesti dah biasa dengan demam kuning yang di alami oleh anak-anak yang baru dilahirkan.. Betul tak?? Demam kuning atau ‘jaundice’ ni sebenarnya perkara biasa yang berlaku pada baby.. Tak kira lah pada baby cukup bulan atau pramatang.. Apa punca demam kuning sebenarnya yer??
Demam kuning ni sebenarnya bukan satu penyakit, ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah.. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar untuk dapat demam kuning.. Mudah jer untuk tahu baby kena demam kuning ke tak.. Baby akan mengeluarkan najis berwarna kuning dan air kencing jernih.. So, kalau jadi kat anak korang tu, korang tak perlu lah nak panik sangat..
Baby yang kena demam kuning ni, akan kerap dipantau doktor sebab tak nak demam tu berpanjangan.. Selain mendapat rawatan dari doktor, banyak juga lah Miss dengar petua yang boleh di ikut.. Antaranya tu adalah berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan dapat menyingkirkan bilirubin dari badan..
Selain itu, si ibu pulak perlu banyak makan kurma dan menelan madu sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena demam kuning.. Kalau nak bagi petua untuk rawat demam kuning ni sebenarnya banyak jer.. Nak cerita semua tu, sampai esok pun tak habis.. Hihhii..
Apa yang Miss nak cerita sebenarnya ni, pasal seorang minah ni muat naik satu soalan di mana dia menanyakan betul ke minum air ‘carlsberg’ dapat kurangkan demam kuning.. Ish! Apa jadahnya punya soalan tu yer?? Miss baca pun dah terasa panas.. Lepas tu ada seorang minah lain balas soalan tu, tahu dia balas apa??
Minah tu mengatakan kalau dah xda cara lain tu, boleh jer try air haram tu.. Lepas tu siap kata simpan ‘nawaitu’ untuk anak sembuh dan serahkan pada Ilahi.. Katanya, keluarga dia dah menggunakan petua tu ‘turun temurun’ dan ‘doktor’ pun sarankan cara yang sama!
Alahaiii! Menggunakan nama Ilahi dan juga menunding jari kepada doktor atas perbuatan yang tak berakal tu! Miss tak pernah dengar lagi nak mengurangkan demam kuning kena minum air haram tu, dah tahu haram tapi masih nak sarankan kepada orang lain pulak yer!
Lepas tu dengan bangganya beritahu, keluarganya dah guna petua tu sejak sekian lama lagi, jahanam satu keluarga! Dari mana petua tu datang pun, Miss tak tahu lah..
Miss nak ingatkan yer, jangan sesuka hati korang nak menghalalkan benda yang memang dah haram! Siapa yang ikut petua tu, memang bengong lah.. Petua tu mengarut dan tak munasabah langsung! - MissHana/Utaranews.com
loading...
Thanks for reading & sharing Sangkar Keli
0 comments:
Catat Ulasan