Ish! Ish! Ada persembahan tarian makyong ke kat majlis kahwin tu yer?? Baik punya tiga orang minah tu bergambar.. Tetamu yang hadir ke majlis tu pun mesti memandang dorang semacam jer, terutama tetamu yang dah sebaya dengan mak bapak kita lah.. Mesti dorang fikir, apa jadah lah budak-budak tu bergambar macam tu?? Dah serupa macam kera sumbang jer.. Sudah pasti lah ayat-ayat macam tu akan terkeluar dari mulut dorang.. Betul tak??
Maklum lah orang dulu-dulu mana ada bergambar macam tu, orang sekarang ni jer terlebih over bila bergambar.. Itu tak termasuk lagi bergambar ‘jemur asam keping.. Kadang-kadang cara dorang bergambar tu nampak macam dorang tengah perbodohkan diri sendiri.. Dorang jer rasa benda macam tu nampak style dan trend!
Itu lah anak muda sekarang ni, mudah sangat terpengaruh dengan budaya yang merepek macam tu.. Dah lah ikut secara membuta tuli jer, lepas tu bangga pulak tu dok tayang.. Bajet ‘hot'! Nasib baik lah trend punk, gothik dan lain-lain lagi dah lama lupus.. Kalau tak, bersepah dok melepak kat shopping mall dengan pelbagai gaya..
Korang lihat jer lah aksi tiga orang minah bertudung tu bergambar, tertonggek macam tu dah serupa apa lagi! Entah apa-apa gaya lah bergambar macam tu, macam minta lempang jer tiga orang minah tu! Dah pergi ke majlis kahwin tu, cer tunjuk adab dan kesopanan sebagai seorang wanita.. Jangan dok terkinja-kinja menunjuk aksi minta kaki macam tu! Buruk jer dilihat orang lain! -
MissHana/Utaranews.com
loading...
Thanks for reading & sharing Sangkar Keli
0 comments:
Catat Ulasan